Logo terkini SK Kpg Luak
Permandangan dari pintu gerbang SK Kampung Luak.
Gambar kredit kepada : http://nurfarhanaabdullah.blogspot.com/
Setelah menamatkan pembelajaran di sekolah rendah, saya kemudiannya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Luak, Miri. tempah pembelajaran saya di sekolah itu adalah selama 5 tahun, bermula dari 2000 sehingga 2004. Antara kelulusan akademik yang telah saya capai di sekolah itu adalah PMR(Penilaian Menengah Rendah) dan juga SPM(Sijil Pelajaran Malaysia).
Pandangan dari pintu pagar SMK Luak, Miri.
Kredit gambar : Aljukimong
Setelah menamatkan zaman persekolahan, saya berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik Kuching, Sarawak pada tahun 2005. Saya ditawarkan diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dalam Penyejukan dan Penyamanan Udara. Alhamdulillah, pada tahun 2007 saya berjaya menghabiskan sesi pembelajaran saya di sana dengan jayanya.
Setelah menamatkan pengajian di politeknik, pada bulan Jun 2008 saya diarah untuk menjalani latihan asas sebagai pegawai penjara di PULAPEL (Pusat Latihan Penjara) di Limbang, Sarawak selama sebulan. Setelah itu, saya ditempatkan pula di Pusat Latihan Wilayah Timur (PULATIM) di Terengganu pada bulan Julai sehinggalah November tahun 2008.
Logo Jabatan Penjara Malaysia.
No comments:
Post a Comment