Saturday, 25 January 2014

Galeri Gambar

Pada entri kali ini, ingin saya kongsikan beberapa keping foto yang menggambarkan dan mewarnai kehidupan saya sekarang.



Saya sudahpun menamatkan zaman bujang pada November 2012. Saya menemui pasangan hidup saya ketika berkhidmat di Pusat Penjara Sri Aman. Isteri saya juga bertugas di sana sebagai Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Penjara. Beruntung juga apabila dapat memperisterikan orang yang berkerja di bawah organisasi yang sama kerana saya tidak perlu bersusah untuk menghantarnya ke tempat kerja yang lain. :-p

Saya seorang pecinta kucing. Kini saya mempunyai beberapa ekor kucing yang berlainan baka di rumah. Oleh itu, saya akan perkenalkan ketiga-tiga kucing saya kepada pembaca.


Apa macam? Garang tak? Kucing ini diberi nama Miro. Berasal dari baka Maine Coon. Sangat comel dan gebu. Miro juga seekor kucing yang sangat kuat makan. Banyak wang saya dihabiskan untuk membeli makanannya. :-p


Ini pula Olly. Berbaka campur kerana tidak diketahui siapakah bapanya tetapi seibu dengan Miro. Agak penakut dengan orang yang baru dikenali. Walaubagaimanapun, saya tetap sayangkan Olly. :-)


Ini pula Kimi namanya. Nama ala-ala Jepun pun ada. Kimi seekor kucing biasa tetapi sangat patuh pada arahan tuannya. :-)

Selain daripada kucing, rumah saya juga dihuni oleh beberapa ekor makhluk kecil yang berbulu iaitu hamster! :-p


Seekor hamster jantan yang bernama Bobo. Mempunyai mata yang sangat besar dan bulat sehinggakan saya pun rasa seram apabila memandangnya. Hehe :)


Dua ekor hamster nakal yang bernama Ippy dan Peta. Peta (yang di bawah) diberi nama tersebut kerana corak badannya yang bertompok dan kelihatan seperti peta dunia. 

Jadi bagi pembaca semua, anda tahu bahawa saya suka akan haiwan peliharaan yang comel seperti mereka-mereka yang di atas. Memelihara haiwan boleh membantu mengurangkan tekanan dan stress. Oleh itu, anda digalakkan memelihara mana-mana haiwan yang anda suka seperti Sugar Glider, arnab ataupun anjing. (bagi yang bukan beragama Islam)






No comments:

Post a Comment