Monday, 27 January 2014

Kisah-kisah Teladan

Terdapat beberapa kisah teladan yang diambil dari zaman Rasulullah yang ingin saya kongsikan kepada pembaca di sini. Pertama sekali adalah kisah Rasulullah S.A.W dan Pengemis Yahudi yang Buta.

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata "Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya". Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.
Suatu hari Abubakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, "Anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan", Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, "Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja". "Apakah itu?", tanya Abubakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana", kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abubakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abubakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abubakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, "siapakah kamu ?". Abubakar r.a menjawab, "aku orang yang biasa". "Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku", jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri", pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abubakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abubakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.... Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abubakar r.a.



Alangkah mulianya hati Rasulullah ! Sehinggakan beliau wafat pun beliau tidak sedikitpun mengambil hati akan kata-kata pengemis buta itu. Malah, memberikan sedekah dan makanan kepadanya. Cerita ini sangat menyentuh hati dan menginsafkan saya. Rasul junjungan kita itu mempunyai hati yang sangat baik dan bersih.

Terdapat juga cerita tentang Rasulullah SAW yang juga mempunya sifat canda dan gurau senda.


Seorang perempuan tua datang dan berkata kepada Rasulullah SAW,

"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummi fulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".

Perempuan itu lalu menangis.

Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,


"Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya".
Rasulullah juga mempunyai perasaan untuk bergurau dengan sahabatnya dan juga isterinya. Alangkah sempurnanya manusia utusan ALLAH ini!


Suatu ketika di dalam Kota Mekah ada seseorang yang sangat membenci Nabi Muhammad. Jika Nabi Muhammad lewat di depan rumahnya, ia melempari beliau dengan batu, tidak jarang pula ia meludahi beliau dari atas rumahnya. Tidak cukup dengan itu, ia pun melempari Nabi dengan kotoran manusia.


Suatu hari orang tersebut jatuh sakit. Ketika Nabi Muhammad melewati rumah itu, ia heran dan bertanya-tanya ke mana orang yang biasanya melemparinya. Setelah diketahuinya orang tersebut sedang sakit, Nabi Muhammad pun mengunjunginya.

Orang tadi seakan tidak percaya jika Muhammad yang selama ini ia caci maki dan ia lempari dengan batu dan kotoran masih mau menengoknya di kala sakit, saat orang lain tidak memedulikannya. Ia pun menangis di hadapan Nabi Muhammad dan saat itu pula ia mengakui kemuliaan Nabi Muhammad dan mengucapkan syahadat.

Nabi Muhammad dengan baik sekali mencontohkan apa yang tertera dalam Alquran, Surat Fushshilat Ayat (34): Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.

Dengan itu kita boleh menjadi iktibar akan kemuliaan sifat dan kebersihan hati Rasulullah dalam menjalani pelbagai dugaan yang didatangkan kepadanya. Cuba berfikir sejenak, adakah kita mampu untuk berbuat seperti apa yang Rasulullah telah lakukan ketika Baginda ditimpa pelbagai musibah dan ujian? Renung-renungkan dan selamat beramal. ^_^

Nota kaki : Kesemua cerita diatas diambil dari laman sesawang http://teladan98.tripod.com/.

Pautan Kegemaran

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Ingin mengetahui apakah pautan kegemaran saya di alam maya? Pada entri ini saya akan berkongsi kepada pembaca tentang pautan yang sering saya kunjungi ketika melayari Internet.


Sebagai pengguna Internet, sudah tentulah saya mempunyai akaun laman sosial saya sendiri. Saya memilih laman Facebook untuk berhubung dengan teman dan keluarga yang jauh di mata. 


Hobi terkini saya adalah bermain sukan bola tampar dan saya mula berkunjung ke laman sesawang ini untuk mngetahui pertandingan-pertandingan yang akan dianjurkan dan juga tips untuk bermain sukan ini.


Saya sangat suka akan jenama Nike dan sering melawat pautan tersebut untuk mengetahui apakah fesyen terkini yang dikeluarkan oleh kilang Nike tidak kira pakaian, kasut, beg ataupun aksesori.


Sebagai pegawai penjara, saya juga kerap berkunjung ke pautan ini untuk mengemaskini makumat yang diperolehi dan juga mengetahui notis yang dikeluarkan oleh pihak atasan Jabatan Penjara Malaysia.


Memandangkan saya gemar pergi ke gedung IKEA, saya juga kerap melawat ke laman sesawang rasmi IKEA untuk melihat perabot-perabot yang dijual di cawangan luar negara.


Pautan ini adalah laman sesawang satu syarikat yang mengubah suai kereta lama menjadi baru. Saya yang sukakan kereta juga menjadikan laman ini sebagai pautan kegemaran saya. Saya boleh melihat pengubahsuaian kereta yang dilakukan oleh orang-orang Barat.


Laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan membeli belah dalam talian juga menarik minat saya kerana bukan semua barang yang hendak kita miliki dijual di pasaraya berdekatan.


Airasia adalah syarikat penerbangan yang menawarkan harga terendah untuk penumpang-penumpangnya. Saya kerap berkunjung ke laman ini untuk mengetahui apakah promosi terkini syarikat penerbangan tersebut supaya saya boleh menempah tiket dan berscuti sambil menimba pengalaman berada di negara atau negeri orang.

9) Youtube

Pautan Youtube juga menjadi salah satu kegemaran saya kerana saya boleh menjadikannya sebagai sumber video terkini tidak kira video lagu, filem ataupun tutorial.

10) Berita Harian

Memandangkan segala informasi terkini berada di hujung jari, saya lebih suka untuk membaca akhbar digital seperti pautan Berita Harian Online kerana ia membolehkan saya mengetahui isu-isu semasa yang terjadi di dalam negara mahupun diluar tanpa membeli surat khabar di kedai.

11) TonTon Live Streaming

Sekiranya saya diarahkan untuk menjalani kursus di luar negeri, saya akan cuba untuk mengikuti drama kegemaran di televisyen saya melalui pautan TonTon Live Streaming kerana laman sesawang ini membolehkan kita menonton cerita yang ditayangkan di kaca televisyen secara 'online'.

12) www.parkour.com

Salah satu sukan extreme yang saya minati adalah sukan parkour. Walaupun ianya agak kurang

popular di Malaysia berbanding sukan extreme lain, tetapi ianya lebih mencabar dan lain dari yang 
lain. 






Kegemaran

1) Saya sangat suka pergi ke tempat yang menjual alatan dibuat sendiri. Seperti gedung IKEA ataupun D.I.Y. Saya berpendapat bahawa surirumah juga suka ke tempat-tempat sebegini kerana di situ terdapat banyak peralatan atau hiasan rumah yang unik serta cantik.

2) Selain itu, saya juga gemar berkunjung ke kedai haiwan atau pet shops. Jika nasib menyebelahi, anda berpeluang untuk berjumpa dengan haiwan-haiwan peliharaan comel yang dijual dan dibenarkan untuk membelai mereka. :-)

3) Saya suka bersiar-siar sambil melihat permandangan negeri atau negara orang. Dengan ini, kita dapat mengetahui budaya dan adat sesebuah masyarakat disesuatu tempat dan mempelajari bahasa mereka. Antara tempat yang pernah saya lawati adalah negeri Sabah, Terengganu, Kelantan, negara Singapura, Indonesia, dan juga Thailand.

4) Saya sangat suka makan. ^_^ Mencuba makanan baru adalah pengalaman yang menyeronokkan bagi saya kerana setiap tempat mempunyai sejarahnya sendiri tentang makanan yang disediakan. Contohnya, baru-baru ini saya telah mencuba makanan Thailand seperti Som Tam dan juga Pulut Mangga. Nasib baiklah rasa makanan tersebut sedap dan agak menepati citarasa saya.

Pengalaman Hidup yang Sukar Dilupakan

Setiap orang akan melalui pelbagai peristiwa yang mendatangkan kesan pada hidup mereka. Aku sebagai manusia biasa juga tidak terkecuali. Terlalu banyak peristiwa yang telah ku tempuh sepanjang hidup ini. Ingin aku kongsikan salah satu kisah atau pengalaman yang sukar untuk aku lupakan.

Buat pengetahuan pembaca, aku seorang pecinta kucing. Memandangkan terdapat banyak kelebihan memelihara kucing, aku mengambil keputusan untuk membela seekor. Setelah beberapa bulan mencari-cari baka kucing yang aku minati, aku akhirnya berjumpa dengan satu klinik veterinar di sekitar bandar yang menjual kucing betina jenis Scottish Fold.

Pada kali pertama aku ditunjukkan kucing itu oleh doktor, aku sangat gembira kerana rupanya yang sangat comel dan juga manja. Tanpa berfikir panjang, aku membuat keputusan untuk membeli kucing itu. Aku juga berniat untuk menjadikan kucing tersebut sebagai hadiah hari jadi isteriku yang ke 24. Kebetulan dia juga amat suka akan kucing dan aku berharap dia gembira dengan kejutan ini.

Aku membeli kucing tersebut dengan harga RM350. Aku namakan dia Neko, yang diambil dari bahasa Jepun yang bermaksud kucing. Neko nampaknya tiada masalah untuk menyesuaikan diri dengan aku dan isteriku. Isteriku juga sangat suka memanjakannya dan kami memeliharanya tak ubah seperti seorang anak. :-)

Selama hampir setahun dibawah jagaan kami, Neko membesar dengan sihatnya. Bulunya semakin gebu kerana kami berdua sangat menitikberatkan pemakanan kucing yang sihat untuk Neko. Keletah Neko yang lucu selalu menghiburkan kami. Paling melucukan, Neko sangat suka tidur dibawah kipas yang dipasang dengan kuatnya. Aha, barangkali ia suka merasa bulu gebunya ditiup angin. Ia juga sangat suka masuk di dalam kotak. Tidak kira lah kotak kasut atau kotak makanan bijirin, Neko akan masuk dan baring di dalam kotak tersebut selagi ia dapat memuatkan badannya yang montel itu.

Sehinggalah pada suatu hari nasib malang menimpa aku dan isteriku. Ketika kami sedang sibuk melayan tetamu yang datang bertandang untuk berhari raya, Neko telah menyusup keluar melalui pintu rumah yang separuh terbuka. Aku dan isteriku tidak sedar akan kejadian itu sehinggalah salah seoarang teman sepejabat yang berkunjung ke rumah bertanyakan di manakah kucing peliharaan ku. Aku cuba mencarinya di dalam sangkar dan di bawah katil. Tidak ada. Aku memanggil nama Neko berulang kali dan cuba menggoncangkan bekas makanannya supaya ia datang untuk makan. Aku mula menyelongkar stor dan di bahagian beranda rumah untuk mencari mana lah tahu ia tidur di situ. Neko tiada untuk meyahut panggilanku. Aku sudah mula resah dan mencarinya di sekitar halaman rumah. Tiba-tiba aku ternampak kelibat Neko di seberang jalan. Ia sedang asyik melihat kupu-kupu di pokok bunga dan cuba untuk menggapainya. Aku memanggilnya dengan kuat dan segera bergegas untuk mengambilnya.

Sedang aku berlari ke seberang jalan untuk membawa Neko pulang ke rumah, tiba-tiba sebuah kereta mewah jenis Lotus melalui jalan di kawasan rumahku. Neko yang mendengar suaraku memanggilnya mula berlari ke arahku. 

DUM!

Aku tergamam melihat kejadian yang berlaku di depan mataku. Kereta mewah itu tetap meluncur laju tanpa mengetahui terdapat makhluk kecil yang cuba melintas jalan. Ya, Neko telah dilanggar. Setibanya aku di seberang jalan tempat Neko cuba melintas tadi, aku lihat makhluk kecil itu menggelupur kesakitan. Aku mula menjerit dan memanggil namanya berulang kali. Dia hanya memandangku dengan pandangan sayu dan aku mengerti bahawa dia sedang menanggung kesakitan yang teramat. Kakinya patah, separuh dari kepalanya turut hancur. Neko hanya mampu mengiau tanpa mengeluarkan suara. Darah mengalir dari kepalanya dan aku cuba untuk mengangkat badan Neko yang tidak berupaya itu. Melihat keadaannya aku mulai sebak dan terasa ingin meraung kerana aku sepatutnya menyedari akan ketiadaannya di rumah lebih awal. Kalau tidak, kejadian ini mungkin tidak akan berlaku. Aku berfikir mahu menghantarnya ke klinik veterinar secepat yang mungkin akan tetapi setibanya aku di kawasan rumah sambil membawa tubuh makhluk tersebut, Neko sudah tidak bernyawa lagi. 

Aku hampir tidak percaya bila mengenangkan perkara ini. Kucing kesayanganku selama ini dilanggar di depan mataku sendiri. Aku mengakui itu salahku tetapi akhirnya aku akur mungkin ini adalah takdir untuk kehidupan Neko dan kami suami isteri. Ini adalah antara pengalaman hidup yang sukar aku lupakan. Biarlah Neko menjadi kenangan dalam hidup kami. Terima kasih Neko kerana hadir dalam hidup kami.


Sunday, 26 January 2014

Kata-Kata Hikmah

Dalam menjalani kehidupan yang terlalu mencabar ini, penting untuk kita sebagai manusia untuk tidak hanyut dalam keseronokkan dunia. Sepanjang berkhidmat sebagai pegawai penjara, saya sedar bahawa selalunya kehidupan didunia tidak menjanjikan kesenangan untuk selamanya. Kita akan sentiasa diuji oleh ALLAH s.w.t dengan pelbagai musibah dan masalah untuk melihat sejauh mana kita boleh bersabar dengan ujian-NYA. Bukan itu sahaja, kesenangan dan kekayaan yang melimpah ruah juga adalah salah satu ujian yang ALLAH turunkan kepada kita untuk mengetahui adakah kita akan berasa bongkak dan sombong dengan kurniaan-NYA? Atau adakah kita akan terus bersyukur dan berkongsi kesenangan itu bersama orang lain? Oleh itu, ingin saya kongsikan beberapa kata-kata hikmah yang boleh kita teladani dan kebanyakkan ini diambil dari Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas yang berasal dari Terengganu, Malaysia. Cara dakwahnya yang bersahaja, lucu tetapi mempunyai maksud yang tersirat amat menarik minat saya.






Menarik, bukan? Kesemua gambar kata-kata hikmah ini diambil dari akaun Facebook peminat Ustaz Azhar Idrus. Beliau berupaya untuk menarik kaum belia dan beliawanis pada masa kini untuk turut berdakwah ke jalan Islam.

Saturday, 25 January 2014

Galeri Gambar

Pada entri kali ini, ingin saya kongsikan beberapa keping foto yang menggambarkan dan mewarnai kehidupan saya sekarang.



Saya sudahpun menamatkan zaman bujang pada November 2012. Saya menemui pasangan hidup saya ketika berkhidmat di Pusat Penjara Sri Aman. Isteri saya juga bertugas di sana sebagai Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Penjara. Beruntung juga apabila dapat memperisterikan orang yang berkerja di bawah organisasi yang sama kerana saya tidak perlu bersusah untuk menghantarnya ke tempat kerja yang lain. :-p

Saya seorang pecinta kucing. Kini saya mempunyai beberapa ekor kucing yang berlainan baka di rumah. Oleh itu, saya akan perkenalkan ketiga-tiga kucing saya kepada pembaca.


Apa macam? Garang tak? Kucing ini diberi nama Miro. Berasal dari baka Maine Coon. Sangat comel dan gebu. Miro juga seekor kucing yang sangat kuat makan. Banyak wang saya dihabiskan untuk membeli makanannya. :-p


Ini pula Olly. Berbaka campur kerana tidak diketahui siapakah bapanya tetapi seibu dengan Miro. Agak penakut dengan orang yang baru dikenali. Walaubagaimanapun, saya tetap sayangkan Olly. :-)


Ini pula Kimi namanya. Nama ala-ala Jepun pun ada. Kimi seekor kucing biasa tetapi sangat patuh pada arahan tuannya. :-)

Selain daripada kucing, rumah saya juga dihuni oleh beberapa ekor makhluk kecil yang berbulu iaitu hamster! :-p


Seekor hamster jantan yang bernama Bobo. Mempunyai mata yang sangat besar dan bulat sehinggakan saya pun rasa seram apabila memandangnya. Hehe :)


Dua ekor hamster nakal yang bernama Ippy dan Peta. Peta (yang di bawah) diberi nama tersebut kerana corak badannya yang bertompok dan kelihatan seperti peta dunia. 

Jadi bagi pembaca semua, anda tahu bahawa saya suka akan haiwan peliharaan yang comel seperti mereka-mereka yang di atas. Memelihara haiwan boleh membantu mengurangkan tekanan dan stress. Oleh itu, anda digalakkan memelihara mana-mana haiwan yang anda suka seperti Sugar Glider, arnab ataupun anjing. (bagi yang bukan beragama Islam)






Pengalaman Berkerja

Pada entri ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman bekerja yang telah saya lalui. Syukur alhamdulillah, setelah menjalani latihan asas sebagai pegawai penjara di Pusat Latihan Penjara, saya terus diarahkan untuk berkhidmat di Pusat Penjara Sri Aman pada tahun 2008 sehinggalah sekarang. Terlalu banyak benda yang telah saya pelajari selama hampir 5 tahun bertugas di pusat penjara tersebut. Pengalaman menjaga banduan penjara dan bercampur dengan mereka telah membuka mata saya bahawa manusia yang pada masa dahulunya jahat tidak semestinya akan menjadi jahat selamanya. Mereka juga seharusnya diberikan peluang untuk mengubah cara hidup mereka yang dahulunya gelap. Terdapat juga banduan-banduan yang sudah mengubah matlamat hidup ke arah yang lebih baik selama mereka menjalani hukuman di dalam penjara itu. Bekerja di bawah organisasi ini juga menginsafkan saya setelah melihat sendiri keadaan banduan yang menjalani hukuman dan hal itu telah menjadikan saya untuk lebih menghargai kehidupan ini.

Friday, 24 January 2014

Kelayakan Akademik

Saya mendapatkan pembelajaran asas akademik di Sekolah Kebangsaan Kampung Luak pada tahun 1994 sehingga tahun 1999. Kelulusan akademik yang tertinggi pernah saya perolehi di sekolah itu adalah UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah).


Logo terkini SK Kpg Luak


Permandangan dari pintu gerbang SK Kampung Luak.


Setelah menamatkan pembelajaran di sekolah rendah, saya kemudiannya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Luak, Miri. tempah pembelajaran saya di sekolah itu adalah selama 5 tahun, bermula dari 2000 sehingga 2004. Antara kelulusan akademik yang telah saya capai di sekolah itu adalah PMR(Penilaian Menengah Rendah) dan juga SPM(Sijil Pelajaran Malaysia).


Pandangan dari pintu pagar SMK Luak, Miri.
Kredit gambar : Aljukimong

Setelah menamatkan zaman persekolahan, saya berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke Politeknik Kuching, Sarawak pada tahun 2005. Saya ditawarkan diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dalam Penyejukan dan Penyamanan Udara. Alhamdulillah, pada tahun 2007 saya berjaya menghabiskan sesi pembelajaran saya di sana dengan jayanya.


Setelah menamatkan pengajian di politeknik, pada bulan Jun 2008 saya diarah untuk menjalani latihan asas sebagai pegawai penjara di PULAPEL (Pusat Latihan Penjara) di Limbang, Sarawak selama sebulan. Setelah itu, saya ditempatkan pula di Pusat Latihan Wilayah Timur (PULATIM) di Terengganu pada bulan Julai sehinggalah November tahun 2008.


Logo Jabatan Penjara Malaysia.

Wednesday, 22 January 2014

Maklumat Peribadi Saya


Dihadiahkan nama Mohd Shahril bin Raili pada 20 September 1987, iaitu tarikh saya dilahirkan. Dilahirkan di Miri, Sarawak dan kini bekerja sebagai Pegawai Penjara di Jabatan Penjara Sri Aman, Sarawak. Beragama Islam dan memegang status sebagai warganegara Malaysia. Foto di atas adalah gambar terkini saya dan ia diambil ketika saya bercuti sambil berbulan madu di Sabah. :-)